Friday, June 8, 2012

DASAR DALAM NEGARA : DASAR EKONOMI


DASAR EKONOMI BARU
*Untuk basmi kemiskinan
*Untuk pupuk perpaduan negara

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
*Perkhidmatan awam ditingkatkan
*Menggalakkan perlindungan alam sekitar

DASAR WAWASAN NEGARA
*Membina bangsa yang berdaya tahan
*Meningkatkan daya saing dalam penghasilan   
  barangan & perkhidmatan

DASAR PERTANIAN NEGARA I
*Untuk tingkatkan mutu komoditi pertanian
*Untuk tingkatkan eksport komoditi pertanian

DASAR PERTANIAN NEGARA II
*Pemodenan sektor pertanian
*Membentuk sektor pertanian yang dinamik &  
  cergas

DASAR PERTANIAN NEGARA III
*Tingkatkan sekuriti makanan
*Tingkatkan kualiti makanan

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
*Mewujudkan peluang pekerjaan
*Elak guna barangan import

PELAN INDUK PERINDUSRTIAN I

*Majukan industri barangan getah
*Majukan industri barangan kelapa sawit
PELAN INDUK PERINDUSTRIAN II
*Lahirkan sektor perkilangan yang berdaya 
  saing di peringkat antarabangsa
*Meluaskan sektor perkilangan diperingkat  
  antarabangsa

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN III
*Menjadikan Malaysia sebuah negara maju
*Mengurangkan jurang antara kaum

DASAR PERINDUSTRIAN BERAT
*Keluarkan jentera untuk industri
*Keluarkan bahan mentah

DASAR PENSWASTAAN
*Meningkatkan kecekapan
*Meningkatkan produktiviti

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA

*Sektor awam & sektor swasta bekerjasama
*Sektor awam & swasta berkongsi maklumat

DASAR SOGOSHOSHA
*Tingkatkan pendapatan negara daripada 
  eksport
*Pemindahan kepakaran ke luar negara

DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

*Tingkatkan ekonomi negara
*Stabilkan ekonomi negara

DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA
*Lahirkan masyarakat yang bermaklumat
*Menggalakkan interaksi antara kaum melalui  
  kemudahan & perkhidmatan telekomunikasi

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI
*Untuk kesejahteraan rakyat
*Untuk kedaulatan negara

DASAR URBANISASI NEGARA
*Membentuk pola penduduk yang terancang
*Seimbangkan ekonomi bandar & luar bandar

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA
*Menarik syarikat yang berteknologi tinggi ke  
  Malaysia
*Menggalakkan kerjasama antara syarikat 
  teknologi tempatan dengan syarikat teknologi
  antarabangsa



Wednesday, April 18, 2012

TENAGA HIDROELEKTRIK


Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun.  Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras.  Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak.  Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
 Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik.  Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit.  Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas.  Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Tenaga hidroelektrik  juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara.  Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai.  Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak.  Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.
Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangun kerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun.  Hal ini membolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa.  Tenaga hidroelektrik sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun.  Selain itu, negara-negara membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empangan hidroelektrik.  Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara tersebut.  India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik.
 Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan.  Oleh sebab itu, negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum begitu kukuh.  Sebaliknya, penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

KOLOKIUM







SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
TAJUK : PENCEMARAN BAHASA

                                             OLEH :  
                1) NURMARDHIAH BINTI MOHD DAUD(6A1)
                2) NURSYAHIRAH BT YUSOF(6A1) 
                3) NURASILAH BT MUSA (6A2) 
                4) MUHAMMAD ZULFIKA B HUSIN(6A2)
                5) AZROL B ARIFFIN(6A2)





SENARAI KANDUNGAN 
                                                                               
Isi
Halaman
Penghargaan
i
Senarai Singkatan
ii
1.Pengenalan

       1.1)     Latar Belakang Kajian

       1.2)     Pendekatan Teori 
       1.3)     Pernyataan Masalah

       1.4)     Tujuan Kajian/Objektif Kajian

       1.5)     Kepentingan Kajian

       1.6)     Definisi Konseptual & Operasional

       1.7)     Hipotesis Kajian

2.Kajian Lepas

Kesimpulan

3.Metodologi Kajian

3.1) Pengenalan

3.2) Reka Bentuk Kajian

3.3) Alat Kajian dan Kebolehpercayaan

3.4) Skop dan Had Kajian

3.5) Subjek Kajian

3.6) Prosuder/Tatacara Kajian

4.Penganalisisan Data dan Keputusan   Kajian

4.1) Analisis Kajian 

5.Perbincangan dan Cadangan


-Punca Pencemaran Bahasa

-Cadangan

-Kesimpulan

Rujukan













ALHAMDULILLAH. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana akhirnya dapat juga kami semua menyelesaikan penyelidikan ini.Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru penyelia kami iaitu Puan Ku Nor Hashimah Bt Ku Shaari kerana tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar serta dorongan kepada kami semua dalam menyiapkan kajian ini. Tidak ketinggalan juga kami mengucapkan penghargaan kepada semua kakitangan serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting yang banyak menghulurkan bantuan kepada kami selama ini.

      Kepada semua guru yang banyak mencurahkan ilmu kepada kami sepanjang melakukan kajian ini, kami amat menyanjung tinggi budi tuan puan semua. Kemaafan kami pohon kerana tidak dapat menyebutkan nama satu persatu di sini.Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 6 yang telah banyak
memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya untuk kami menjayakan penyelidikan ini.

     Akhir sekali tidak ketinggalan juga kepada individu-individu yang banyak menghulurkan nasihat dan dorongan kepada kami semua sepanjang tempoh kajian iaitu sahabat-sahabat dan ahli keluarga kami. Anggaplah kejayaan ini sebagai kejayaan kita bersama.    









LATAR BELAKANG KAJIAN
            Kajian ini dibuat untuk mengkaji pengaruh bahasa dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan masyrakat Malaysia. Borang soal selidik disediakan dan diberi kepada semua pelajar tingkatan 6 yang telah mendapat keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM dan 20 pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM 2012. Kajian ini bertujuan melihat tahap kefahaman pelajar tentang bahasa Melayu dan mengetahui sama ada pelajar berkenaan berada pada tahap kecelaruan bahasa. Diharapkan kecelaruan bahasa tidak memberi impak yang besar kepada pelajar supaya tidak terus terlibat dengan isu kecelaruan bahasa ini.
Faktor utama berlakunya pencemaran bahasa ialah pengguna bahasa Melayu membuat penterjemahan yang salah merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah, penggunaan bahasa rojak dan sebagainya. Malah,nahu bahasa Melayu bercampur dengan bahasa asing. Faktor-faktor lain ialah penggunaan bahasa asing semasa percakapan yang akhirnya dicampur adukkan dengan bahasa Melayu dan telah menghasilkan bahasa rojak.
         Salah satu langkah untuk membendung masalah penemaran bahasa ialah peranan pihak sekolah. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka. Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa. Sebagai contohnya, pihak sekolah mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai. Dengan penyertaan oleh para pelajar, secara tidak langsung mereka belajar tentang bahasa yang betul, bak kata pepatah “Sambil menyelam minum air”
Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu.  Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis di samping mengembalikan martabat bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media massa kerana media massa merupakan satu komponen yang paling mudah untuk menyebarkan informasi. Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO), kempen ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan kewujudan kempen ini, diharapkan masalah pencemaran bahasa kalangan masyarakat dapat dielakkan.
Pencemaran bahasa yang sering kita lihat adalah di papan-papan tanda. Pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu dipandang serius kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jika pelancong asing datang ke negara kita, mereka akan terpengaruh oleh penggunaan-penggunaan bahasa yang salah, seterusnya masalah pencemaran bahasa menjadi lebih serius. Oleh itu, papan-papan tanda yang ingin dibuat perlulah mendapat kelulusan bahasa daripada pakar-pakar bahasa Melayu. Dengan ini, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah lebih baik daripada merawat”.
Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan usaha mengatasi masalah pencemaran bahasa. Ibu bapa perlu membudayakan anak-anak mereka dengan budaya membaca sejak mereka kecil lagi. Hal ini mempengaruhi minat dan cara anak-anak menulis ayat dan bercakap. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, anak-anak akan terdedah kepada pelbagai perkataan dan istilah yang kurang baik dan digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka. Hal ini langsung tidak mendatangkan maslahat kepada anak-anak, ibu bapa, mahupun negara malahan semakin memburukkan keadaan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspek-aspek penggunaan bahasa dengan betul kepada anak-anak sejak kecil kerana hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
1.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah  pencemaran bahasa semakin berleluasa dalam kalangan  masyarakat dan pelajar  pada masa ini. Keadaan ini menyukarkan hasrat  kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu.Pelbagai masalah dan kesan dan punca dapat dikenalpasti dalam isu ini. Antaranya ialah:

1.1 Mutu bahasa melayu baku merosot
 Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada Bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dlihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut.

1.2 Keliru dengan penggunaan bahasa yang betul
Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah.            

1.3 kualiti penulisan di sekolah semakin menurun
 Hal ini bukan sahaja menyebabakan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasakita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.


1.4 pencemaran bahasa dalam bidang dalam pentadbiran
Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu bahasa Bahasa Melayu sama ada  lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti aka menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu merosot.

1.5 kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat
Selain itu, pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah.

1.6 mengubah mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris sama sekali
bertentangan dengan bahasa kebangsaan
Oleh hal yang demikian kerajaan mula melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa inggeris. Pelaksanaan ini telah mengubah bahasa pengantar daripada Bahasa melayu kepada Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang sama sekali bertentangan dengan bahasa kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.

1.7 Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu
Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan
sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya menggunkan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.

1.8 generasi muda terpengaruh dengan bahasa asing
Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini khususnya, generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.

1.9 menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
Begitu juga pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk mempraktikan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mrengikut trendyang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.

2.0 masyarakat Melayu mengagung-agungkan  bahasa asing terutamanya bahasa inggeris
Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan Melayu meagung-agungkan bahasa asing terutamanya bahasa inggeris dan berasa malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa inggeris kini memonopoli semua urusan dalam bidang komunikasi, pendidikan lain akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga pemimipin lebih suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal ini juga menyebabkan para ibu bapa pada masa ini suka mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan bahasa Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

TUJUAN KAJIAN
           
i)                    Mengenalpasti bahasa yang digunakan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting


ii)                  Mengenalpasti faktor yang menyebabkan kecelaruan bahasa dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting



iii)                Mengenalpasti tahap kecelaruan bahasa  dikalangan pelajar dan masyarakat

KEPENTINGAN KAJIAN       
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecelaruan bahasa yang sebenarnya berlaku dalam kalangan pelajar. Selain daripada itu, dapatan yang diperolehi juga bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang kesan kecelaruan bahasa ke atas komitmen pelajar serta langkah yang perlu diambil. 


Maklumat ini penting kerana dengan memahami dan mengenalpasti kecelaruan bahasa yang dihadapi, maka proses pembelajaran dapat diurus, diorganisasi dan diperbaiki agar menjadi lebih efektif di masa hadapan. Selain itu, kajian ini dapat mengelakkan pelajar daripada terus berada di

            Dalam masa yang sama, kajian penyelidikan ini juga penting dan berguna kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting sendiri. Hasil kajian ini akan membantu mereka menilai diri dengan mengenal pasti tahap ketegangan yang dialami, strategi menangani ketegangan yang diamalkan secara sedar mahupun tidak sedar serta tahap komitmen yang dipamerkan dalam mengekalkan mutu akademik. 


Dengan memahami diri dan persekitaran belajar, diharapkan mereka mampu dan
boleh menyuarakan terus kepada pihak pentadbiran sekolah tentang perubahan iklim belajar dan
proses belajar yang lebih baik dan berkesan yang diinginkan di masa akan datang. Ia
sekaligus akan dapat mengurangkan permasalahan kemerosotan kualiti belajar dikalangan
mereka.  

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencemaran merupakan perbuatan mencemarkan atau mengotorkan. Bahasa pula merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu, antara satu individu dengan individu yang lain.. Jadi, secara keseluruhannya menurut Kamus Dewan, tajuk kertas kerja ini “Pencemaran Bahasa” ditakrifkan sebagai perbuatan mengotorkan sistem perhubungan manusia, dalam kes ini, perhubungan sesama rakyat Malaysia sendiri, dalam lingkungan pentutur Bahasa Melayu itusendiri.
Pencemaran bahasa, secara umumnya diguna pakai sebagai satu istilah, untuk menunjukkan Bahasa Melayu kita dicemari dengan perkataan-perkataan asing. Tiada istilah 'pencemaran bahasa' di dalam bahasa Melayu ini. Jika dilihat pada sudut slanga yang dikatakan sebagai 'pencemaran bahasa' ini, slanga ini sama sahaja seperti dialek. Maksud di sini sama seperti dialek iaitu kedua-dua ini merupakan variasi kepada satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.
Menurut Muhammad Salaehing Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan
pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan
tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan
yang baik dan indah atau sebaliknya.Menurut perlembagaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu (i) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia:
“(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-
apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:
Bahasa Melayu (BM) seperti yang diketahui umum, BM memikul tugas
sebagai bahasa kebangsaan negara ini, berbagai-bagai kemajuan telah dicapai. Usaha-
usaha secara sedar telah dibuat untuk bahasa yang pada suatu ketika merupakan hanya
bahasa yang digunakan di kedai kopi dan untuk perbualan-perbualan ringan di rumah,
menjadi bahasa yang menampung ilmu pengetahuan serta segala pemikiran
pengucapan diperluas dan keseluruhan sifat BM mengalami perubahan. BM menjadi
bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian, menjadi bahasa pentadbiran
negara dan bahasa perhubungan. Konsep bahasa sebagai alat perpaduan dan lambing
kedaulatan negara kelihatan dengan nyata. Bahan bacaan dalam BM juga dihasilkan
dengan banyaknya bukan sahaja oleh DBP tetapi juga oleh pihak-pihak lain, terutama
sektor swasta.
Walaupun terdapat beberapa banyak buku pedoman dan panduan untuk
menggunakan bahasa dengan betul, iaitu mengikut aturan bahasa, namun penggunaan
bahasa yang tidak tepat masih ketara di kalangan pengguna bahasa. Bentuk-bentuk
bahasa yang tidak mematuhi aturan kedapatan secara di mana-mana jua. Inilah yang
dikatakan pencemaran bahasa di sebabkan ketidakprihatinan kita terhadap bahasa kita



HipotesisKajian
1) Menerangkan punca-punca berlakunya pencemaran bahasa. Isu ini perlu dikupas untuk mengetahui punca berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat. Setiap individu dalam masyarakat haruslah mempunyai kesedaran terhadap pencemaran bahasa.
2) Menjelaskan bagaimana masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan masalah pencemaran bahasa. Majoriti masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan pencemaran bahasa kerana ingin berkomunikasi dengan cepat dan terpengaruh dengan rakan-rakan.
3) Membincangkan kesan pencemaran bahasa apabila berlaku pencemaran bahasa. Hal ini akan menyebabkan sesorang yang menerima maklumat sukar untuk memahaminya.
4) Menyarankan supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab membentuk dan mengawal masyarakat sekarang supaya tidak menggunakan bahasa rojak. Semua pihak yang berwajib hendaklah mengawal dengan memberi motivasi tentang kepentingan berbahasa dengan betul supaya tidak timbul kecelaruan.
5) Membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak yang berwajib. Hal ini supaya masalah pencemaran bahasa dapat diatasi dengan segera agar masalah ini tidak menjadi lebih rumit.

2.KAJIAN LEPAS


Menurut Muhammad Salaehing bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan
yang baik dan indah atau sebaliknya.

Menurut perlembagaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia, iaitu (i) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia:
“(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-
apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:
Bahasa Melayu (BM) seperti yang diketahui umum, BM memikul tugas
sebagai bahasa kebangsaan negara ini, berbagai-bagai kemajuan telah dicapai. Usaha-
usaha secara sedar telah dibuat untuk bahasa yang pada suatu ketika merupakan hanya
bahasa yang digunakan di kedai kopi dan untuk perbualan-perbualan ringan di rumah,
menjadi bahasa yang menampung ilmu pengetahuan serta segala pemikiran
pengucapan diperluas dan keseluruhan sifat BM mengalami perubahan. BM menjadi
bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian, menjadi bahasa pentadbiran
negara dan bahasa perhubungan. Konsep bahasa sebagai alat perpaduan dan lambing
kedaulatan negara kelihatan dengan nyata. Bahan bacaan dalam BM juga dihasilkan
dengan banyaknya bukan sahaja oleh DBP tetapi juga oleh pihak-pihak lain, terutama
sektor swasta.

Walaupun terdapat beberapa banyak buku pedoman dan panduan untuk
menggunakan bahasa dengan betul, iaitu mengikut aturan bahasa, namun penggunaan
bahasa yang tidak tepat masih ketara di kalangan pengguna bahasa. Bentuk-bentuk
bahasa yang tidak mematuhi aturan kedapatan secara di mana-mana jua. Inilah yang
dikatakan pencemaran bahasa di sebabkan ketidakprihatinan kita terhadap bahasa kita.



2.0 KESALAHAN BAHASA

Agak banyak juga tafsiran orang tentang makna pencemaran bahasa.
Segolongan orang berpendapat bahawa kesalahan bahasa adalah suatu gejala semula
jadi yang terus menerus berlaku, selagi bahasa itu hidup dan berkembang.
Menurut Kamus Dewan, kesalahan bermaksud perihal salah atau perbuatan
salah dan kesilapanMenurut Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa
sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui,
sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa atau ayat. Menurut
Awang Sariyan (1984) pula pencemaran bahasa adalah suatu gejala semula jadi yang
terus menerus berlaku, selagi bahasa itu hidup dan berkembang.
Manakala Raminah Hj. Sabran (1987:58) pula menyatakan kesalahan bahasa
bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk bahasa yang baku, iaitu
suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Bentuk ini benar-benar
mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasa
pertuturan yang tidak formal.

Coder mendefinisikan kesilapan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan
yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati.
Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-kawan (1994), kesilapan bahasa
adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa
yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi
semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan
istilah. Mengikut Bell (1981), kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk-bentuk
pertuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini
timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem
bahasa itu. Dulay dan Hammersly (1982), menjelaskan kesilapan bahasa juga merujuk



kepada bentuk-bentuk yang menyalahi hukum dan berlaku secara tidak sistematik
akibat kelemahan pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja  

SEBAB-SEBAB MENGAPA BERLAKUNYA KESALAHAN BAHASA

Kesilapan dalam bahasa ini berlaku bukanlah disebabkan penutur jati itu tidak
cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya. Menurut Corder (1974:25) sebab
pengguna sesuatu bahasa melakukan kesalahan antaranya termasuklah berkaitan
dengan bentuk bahasa formal yang terikat oleh peraturan yang mesti dipatuhi.
Peraturan tersebut melibatkan situasi penggunaan yang kadang-kadang dalam masa
menggunakan bahasa formal seseorang akan terbawa-bawa dengan bentuk yang tidak
formal. Menurut beliau, penggunaan bentuk bahasa yang tidak formal dalam konteks
penggunaan bahasa formal di anggap kesalahan bahasa. Malah Corder menganggap
kesilapan biasanya berpunca dari tindakan penutur melakukan penukaran, pengalihan
atau penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan
atau rangkai kata hingga menyebabkan ayat-ayat yang dibentuknya mengandungi
kesilapan (Corder, 1973:258) dalam Arpan (1998).

Kenyataan Corder itu bersesuaian dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Ray (1963), Nik Safiah (1986), Awang Sariyan (1984) dan Baskaran (1984) yang
menegaskan bahawa kesilapan berlaku kerana adanya penggunaan aspek-aspek
bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku. Dalam perkara yang
sama, Corder menambah bahawa kesilapan bahasa juga diakibatkan oleh kekurangan
pengetahuan tentang kaedah bahasa dan yang merupakan penyimpangan-
penyimpangan sistematik yang disebabkan oleh pengetahuan pelajar ketika belajar
bahasa kedua. Kesilapan begini bukan sahaja dapat dikesan dari segi penggunaan
perkataan tetapi juga struktur frasa ayat.

Kesalahan bahasa berlaku juga apabila adanya penggunaan bahasa dari segi
fonologi, morfologi, dan sintaksis yang tidak sempurna dan terpesong daripada
hukum-hukum tatabahasa standard bagi sesuatu bahasa berkenaan. Penggunaan
bahasa yang tidak mengikut peraturan itu dikenal sebagai pencemaran dalam konteks
yang standard.



Masalah menurut Awang Mohd Amin (1978) menyatakan kesalahan bahasa
dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu kesalahan bahasa yang lazimnya disebut
sebagai error atau lapse. Kesalahan jenis ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor
extralinguistic, seperti lupa terhadap peraturan yang dipelajari disebabkan oleh terlalu
banyak peraturan dalam satu-satu bahasa, gangguan emosi, kelalaian semasa proses
penerimaan dan kekurangan latihan yang betul-betul berkesan.

Yang lebih jelas ialah penutur jati menerbitkan sesuatu konsep yang tidak
sesuai untuk menyatakan sesuatu benda. Malah penutur jati juga membuat kesilapan
apabila memilih dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai dengan
pendengarannya. Misalnya, topi, ketayap dan songkok adalah tiga benda yang sama
kegunaannya, tetapi objek ini berbeza bentuk dan konsepnya. Kenyataan Corder ini
disokong oleh Webber (1981) yang mendapati bahawa kesilapan bahasa boleh berlaku
apabila penggunaannya keliru atau tidak mampu memahami akan penggunaan aspek-
aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan.

Kesilapan bahasa seperti kenyataan di atas sering didapati pada kebanyakan
orang Melayu melalui pertuturan biasa dengan meninggalkan imbuhan-imbuhan
tertentu, membentuk ayat-ayat yang tidak sempurna dan sebagainya. Keadaan ini
sering juga mempengaruhi bahasa tulisan yang mereka gunakan. Menurut Awang
Sariyan (1980:3) masih terdapat banyak kesilapan bahasa Melayu pada peringkat
tulisan, daripada kesalahan ejaan hinggalah kepada kesilapan morfologi dan sintaksis.
Awing Sariyan (1979:9) telah mengenal pasti beberapa punca utama
kemerosotan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa, antaranya ialah
faktor gangguan dialek. Hal yang sama juga dinyatakan oleh Lado (disebut oleh Farid
M.Onn, 1983:15) bahawa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar mengenai
sesuatu aspek bahasa kedua akibat gangguan daripada kebiasaan menggunakan unsur-
unsur bahasa pertama. Kenyataan Lado, disokong oleh beberapa pengkaji seperti
Leopold (19480, Politzer (1965), Farid dan Ajid (1981), Kadir Amin (1981) dan
Raminah Sabran (1983) yang mengatakan bahawa gangguan bahasa pertama ke atas
bahasa kedua sememangnya berlaku dan kemungkinannya adalah besar sekali.

Seterusnya kesalahan bahasa yang berpunca daripada kekacauan atau
kekeliruan kerana wujudnya faktor-faktor kelainan bentuk dalam penggunaan sesuatu
bahasa. Misalnya, kekeliruan penggunaan bentuk formal, seperti persuratan, bahasa
akademik, bahasa kesusasteraan dengan bentuk bahasa tidak formal seperti dialek,
bahasa pasar. Faktor-faktor ini meresap ke dalam ingatan pelajar melalui pelbagai
cara seperti pergaulan dalam masyarakat, media massa, bahan bacaan dan mungkin
juga melalui guru-guru yang tidak berhati-hati menggunakan kelainan itu dalam
pengajaran di dalam kelas.

3.Metodologi kajian 

3.1)Pengenalan 

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada pencemaran bahasa dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Bab ini mengemukakan metodologi kajian yang meliputi reka bentuk kajian,alat kajian,skop dan had kajian,subjek kajian,prosedur/tatacara kajian.
3.2)Rekabentuk Kajian 

Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji menggunakan
satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi mengumpul
maklumat berkaitan tahap pemcemaran bahasa, faktor-faktor pencemaran bahasa dan strategi mengawal pencemaran bahasa dalam kalangan pelajar. Semua responden terdiri daripada pelajar tingkatan 6 yang telah mendapat keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM dan 20 pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM 2012 telah menyertai kajian ini. Kesemua responden kajian telah dikenalpasti mempunyai pencapaian akademik dalam subjek Bahasa Melayu.

3.3)Alat Kajian dan Kebolehpercayaan 

    Alat kajian yang digunakan adalah berpandukan kajian soal selidik yang dilakukan kepada semua pelajar tingkatan 6 dan 20 orang pelajar tingkatan 5.

   Faktor penyebab ketegangan dalam kalangan pelajar seperti penggunaan dialek negeri,penggunaan bahasa ringkasan , pengaruh media massa dan pengaruh media elektronik .
Faktor penyebab pencemaran bahasa
Penggunaan Dialek Negeri
Penggunaan Bahasa Ringkasan
Pengaruh Media Massa
Pengaruh Media Elektronik









SKOP KAJIAN

Skop kajian menjerumus kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan Kamunting, bahasa, faktor-faktor dan juga kesan-kesan yang menyebabkan pencemaran di kalangan pelajar. Skop kajian yang tertumpu kepada pelajar Sekolah Menengah  Kebangsaan Kamunting kerana kebanyakan mereka banyak menggunakan internet dan laman sesawang untuk mencari maklumat dan melawati laman sosial. Perpustakaan Sekolah Menengah Kamunting menjadi rujukan untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Selain itu, bahasa yang digunakan juga difokuskan. Skop kajian juga tertumpu kepada faktor-faktor dan kesan berlakunya pencemaran bahasa di kalangan pelajar.

3.5)Subjek kajian 

Semua responden terdiri daripada pelajar tingkatan 6 yang telah mendapat keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM dan 20 pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM 2012 telah menyertai kajian ini. Daripada jumlah ini, seramai 30 orang pelajar lelaki manakala seramai 30 orang pelajar perempuan. Responden terdiri daripada etnik Melayu, Cina,dan India. Pelajar yang beragama Islam adalah seramai 58 orang, diikuti 1 orang beragama Hindu, 1 orang beragama Buddha. 
3.6)Prosedur/Tatacara Kajian 

2.0 Punca-punca Pencemaran Bahasa

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan.

Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu, contohnya “Nxt week blk umah tak?” Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan pencemaran bahasa.

Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika pada tahun 70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel Scum yang mengatakan bahawa, “Pada kami, perumpamaan dan istilah bahasa pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami mesej yang nak disampaikan.” Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti “Yo,yo,yo, buat pe bro” walaupun gaya ini dianggap sebagai ‘bahasa seni’ dalam genre hip-hop.
(http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=2538)

Sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada pencemaran bahasa ini. Keadaan ini berlaku berikutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal. Penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke arah penggunaan ayat yang tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya “Saya berasal daripada Negeri Sembilan.” Ayat ini tercemar dari segi penggunaan tatabahasa kerana sepatutnya kata sendi ‘dari’ yang harus digunakan dalam ayat tersebut untuk menunjukkan tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001) dalam kajiannya mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran berikutan saranan kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini kerana perkara yang diajarkan di sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang hidup dan sukar diubah seperti “ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?”

Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga mengakibatkan pencemaran Bahasa Melayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat tokoh itu sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Hal ini mengakibatkan kekeliruan kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Sebagai contoh, ayat yang berfungsi untuk menjemput dinamakan sebagai ayat silaan dalam Tatabahasa Dewan manakala Arbak Othman pula menamakannya sebagai ayat ajakan dalam Tatabahasa Bahasa Malaysia.

Tambahan lagi, penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran bahasa ini. Mengikut Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Penggunaan dialek ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan dialek adalah seperti berikut:

6. Nogori Sembilan mempunyai sembilan daerah.
7. Saya suka makang rambutan.

Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Di samping itu, sebilangan orang besar dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak. Perkara-perkara seperti ini membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Kamal Shukri Abdullah Sani (2007:21), berdasarkan Teori Peluru (Magic Bullet Theory), media mempunyai ‘kuasa’ bagi menentukan reaksi emosi khalayak dan membentuk tingkah laku mereka.

Tambahan lagi, sikap pengguna bahasa itu sendiri yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku. Menurut Fadzlina Sha’ari (2001), rata-rata masyarakat di Malaysia ini lebih mementingkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dan ini membawa kepada penggunaan bahasa rojak dalam ujaran mereka. Bagi mereka, bahasa Inggeris dianggap sebagai lambang keintelektualan dan kemodenan. Seandainya keadaan ini dibiarkan berterusan ia akan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi. Hal ini juga dapat disokong dengan kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib dalam Siti Nur Ida (2008) bahawa percampuran antara dua bahasa tersebut akan mencemarkan Bahasa Melayu dan jika perkara ini tidak dikawal maka Bahasa Melayu akan ‘ternodai’ maruahnya.

Punca seterusnya adalah kerana pengguna Bahasa Melayu yang tidak mengetahui sistem Bahasa Melayu dengan betul. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Sistem Bahasa Melayu pula terdiri daripada dari segi ejaan, morfologi dan sintaksis. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem bahasa ini, mereka melakukan kesalahan yang mencemarkan bahasa. Sebagai contoh, apitan pe-...-an selalu disalahgunakan.

Seterusnya, kepelbagaian etnik di Malaysia juga merupakan salah satu punca kepada pencemaran bahasa. Hal ini kerana terdapat orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyebabkan mereka mencampuradukkan bahasa ibunda dengan Bahasa Melayu. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa pasar. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai etnik di Malaysia juga membawa kepada pencemaran bahasa ini. 



Cara Menangani Pencemaran Bahasa.

Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti berikut:

            Dari segi pendidikan , para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib pula mengatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.

            Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institut pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan menetukan sama ada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.


            Memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing).

            Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis perniagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja.

            Menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan pegawai dan kakitangan.

            Dalam pada masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat dan penggunaan laras ataupun percampuradukan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.

            Satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemarkan bahasa. Tindakan ini akan mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu daripada berleluasa.
          Menurut Awang Sariyan pula, bagi mengelakkan Bahasa Melayu tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa rasmi dan tidak rasmi. Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi.

            Pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan perlu bekerjasama dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia papan tanda dan memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa yang betul.
Tambahan pula, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau bahasa pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. 

            Pencemaran Bahasa ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan oleh Parlimen. Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim pula menyatakan bahawa DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Menurutnya, semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan, sekali pun jika adabahasa lain bersamanya.

            Tambahan lagi, pucuk pimpinan yang menerajui Negara juga berperanan untuk mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat pengajian tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut Abdul Hamid Mahmood, pucuk pimpinan perlu melancarkan “Wawasan Bahasa” terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi alam pekerjaankerana mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Hal ini dapat disokong dengan pernyataan Nothofer Bernad, professor Bahasa Melayu dari Jerman dalam Abdul Hamid Mahmood bahawa:


            Media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan penggunaan Bahasa Melayu. Media massa juga berperanan untuk menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat daripada terjemahan yang salah.

            Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan Bahasa Melayu yang ilmiah dan bermutu. Pengamal-pengamal media juga perlu memartabatkan Bahasa Melayu yang bermutu tinggi. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Hal yang sama juga harus dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbitan filem Melayu. Perkara ini adalah untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris. Hal ini kerana penggunaan bahasa rojak ini boleh dilihat secara langsung dalam penggunaan judulnya.
PENGANALISISAN DATA
4.1 Pengenalan                             
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan responden terhadap kajian mengenai Kecelaruan Bahasa Dikalangan Pelajar Dan Anggota Masyarakat.
Maklum balas responden melalui soal selidik dikumpul dandianalisis.
Secara amnya, hasil analisis dibentang dalam dapatan mengenai
Latarbelakang dan faktor besar yang menjadi penyebab kecelaruan bahasa berlaku dikalangan pelajar dan anggota masyarakat
4.2 LatarBelakang Responden
Responden penyelidikan ini terdiri daripada semua pelajar tingkatan 6 yang telah mendapat keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM dan 20 pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).
KEPUTUSAN KAJIAN
4.3 AnalisisStatistik
Analisis statistik dibuat untuk menentukan tahap faktor.Analisis adalah berdasarkan respons yang diberi
Mengikut faktor yang telah diberi iaitu penggunaan dialek negeri

Borang Soal Selidik Mengenai Kecelaruan Bahasa Melayu Dikalangan Pelajar

1)      Umur :
2)      Jantina :Lelaki (    )          Perempuan (   )
3)      Bangsa :Melayu (    )          India (    )          Cina (    )          Lain-lain (    )
4)      Tempat tinggal :      Bandar (    )          Luarbandar (    )


Faktor Yang Menyebabkan Kecelaruan Bahasa Melayu Dikalangan Pelajar

1.      Adakah anda seorang penutur bahasa Melayu di rumah?
(     )YA                 (     )TIDAK
2.      Adakah anda penutur bahasa Melayu mengikut dialek negeri?
(     )YA                 (     )TIDAK
3.      Adakah anda menggunakan loghat negeri anda di dalam percakapan harian anda?
(     )YA                 (     )TIDAK
4.      Adakah anda menggunakan bahasa rojak atau bahasa ringkasan semasa berinteraksi sesama rakan?
(     )YA                 (     )TIDAK
5.      Adakah anda merasakan bahawa media massa adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran bahasa?
(     )YA                 (     )TIDAK
6.      Adakah anda gemar menonton cerita yang menggunakan alih bahasa?
(     )YA                 (     )TIDAK
7.      Adakah anda sedar sarikata yang dipaparkan di media elektronik mempunyai banyak kesalahan bahasa?
(     )YA                 (     )TIDAK
8.      Adakah anda terpengaruh dengan sarikata yang dipaparkan di media elektronik tersebut?
(     )YA                 (     )TIDAK
9.      Adakah anda berpendapat bahawa dialog yang digunakan dalam drama/filem mempunyai istilah-istilah bahasa Melayu yang tidak sesuai?
(     )YA                 (     )TIDAK
10.  Adakah anda menggunakan dialog yang dipaparkan di dalam drama/filem dalam percakapan harian anda ?
(     )YA                 (     )TIDAK



4.4 RUMUSAN

Bab 4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitandengan responden.Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yangberkaitan dengan persoalan penyelidikan telah dikemukakan. Rumusankeseluruhan penyelidikan ini akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5berikut
PERBINCANGAN DAN CADANGAN 
Persoalan kajian:Mengapakah pencemaran bahasa berlaku dikalangan pelajar dan masyarakat?
Punca pencemaran bahasa
5.4.1 Rakan sebaya
Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja. Sebenarnya, apa yang masyarakat tidak sedar adalah, ia adalah kehendak seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi, ataupun tidak. Bagi faktor rakan sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tidak pasti akan identity mereka sendiri. Maka, mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka. Ingin mengikut arus, ‘trend’. Supaya tidak dikatakan kuno atau berada di zaman ais.

5.4.2 Masa
Ternyata rata-rata pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara penulisnya ingin menjimatkan masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi dalam telefon bimbit, melalui sistem pesanan ringkas. Walau bagaimanapun, mesej di telefon adalah berlainan dengan mesej di alam siber. Ini kerana, mesej telefon cuma akan dibaca dan difahami oleh penerimanya sahaja.
 
Lain pula dengan perbualan di Internet yang pastinya akan dilihat dan dibaca oleh rakan-rakan yang lain. Dan yang lebih teruk, apabila dibaca oleh generasi yang sedang belajar seperti adik-adik yang bersekolah rendah. Kadang-kadang, kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat pelbagai versi ejaan perkataan.

5.4.3 Pengetahuan Bahasa yang lemah
Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak, SMS, bahasa lucah dan sebagainya adalah mereka yang mempunyai pengetahuan cetek dan kurang teliti dan peka dengan bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi di alam siber.
Mereka ini selalunya mempunyai tahap akademik yang rendah dan tahap pembacaan mereka juga lemah. Selalunya mereka yang menulis di alam siber ini hanya berdasarkan penggunaan bahasa harian mereka terutamanya bahasa basahan iaitu bahasa pasar.
 
Hanya ahli akademik atau golongan professional sahaja yang menggunakan bahasa yang betul dalam menulis bahan ilmiah dan rujukan. Ini kerana mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pendidik harus menggunakan bahasa yang betul agar generasi muda tidak memandang rendah kepada mereka.
 


5.4.4 Sikap Tidak Endah

Sikap tidak endah adalah lebih membahayakan kepada masa depan bahasa kita. Apabila sesuatu yang telah diketahui, diabaikan. Contohnya penggunaan perkataan infotainment dan sure heboh oleh stesen televisyen.
 
Perkataan information dan entertainment yang diubah suai menjadi infotainment dan perkataan sure (bahasa Inggeris) dan heboh yang digabungkan menjadi satu istilah baru. Apa yang lebih menyedihkan, ia diwar-warkan ke serata negara seolah-olah ia satu kemegahan yang patut dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.
 
Namun begitu, tindakan yang diambil oleh pihak terbabit untuk membetulkan kesilapan ini, patut dipuji seperti Kempen Pantau Tegur Bahasa yang dikelolakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana, bantuan rakyat diminta melaporkan kesalahan penggunaan bahasa yang salah pada papan-papan iklan dan tempat awam. Ganjaran diberikan menikut jumlah pantauan yang dilakukan.




5.4.5 Tiada Tindakan atau Denda
Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber, sememangnya tiada undang-undang khusus yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap “pesalah bahasa”, sekurang-kurangnya “pesalah bahasa” itu boleh dipantau dan diberikan nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kesat dan kasar untuk mengatakan pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun laman sosial.
Mereka perlu sedar bahawa kebebasan itu bukanla kebebasan mutlak. Pengguna media siber juga terikat dengan peraturan atau akta tertentu, seperti Akta Multimedia, ISA dan OSA.

5.4.6 Perang Siber

Bagi Imlan Adabi (2010) dalam surat khabar Berita harian, isu media baru sentiasa lunak diperkatakan. Penulis blog dan pengendali laman web kerap menjadi tumpuan kerana keteledoran mereka bertindak melanggar hukum dan susila masyarakat. Artis di negara kita juga tidak dapat mengelak diri daripada perang siber yang dapat mengancam masa depan mereka.

Ini terjadi akibat penyebaran fitnah, memaki individu tertentu dan hasutan kepada masyarakat menerusi laman sosial mahupun di blog. Terbaru, seorang kerani bank menjadi individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah menerusi internet bagi tujuan komersial, didenda RM30,000 atau enam bulan penjara.

Selain itu, seorang belia berusia 29 tahun ditahan di Kelantan selepas tulisan di dalam blognya menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri. Pada Ogos 2008, penulis blog Penarik Beca, Abu bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan untuk menghasut orang ramai supaya membenci polis.

Bagi sesetengah individu, kehadiran media siber boleh dianggap “bagai si bisu yang mendapat suara”. Mereka menulis apa-apa sahaja dan mengekspresikan segala cerita dan rasa dalam diri tanpa berfikir panjang.
 

5.4.7 Persekitaran

Sebenarnya, faktor persekitaran merupakan satu faktor yang membuatkan umum, melakukan pencemaran tanpa mereka sedari. Ini kerana, kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat sendiri. Seperti yang kita tahu, Malaysia terbentuk daripada struktur kaum yang berbilang. Tiga kaum utama yang mendominasi adalah Melayu, Cina dan India.
 
Walaupun cuma tiga kaum yang terbesar, namun, bayangkan apa yang mungkin berlaku apabila tiga jenis bahasa yang berlainan dicampuradukkan? Ibaratnya seperti, mencampurkan asam pedas, sup dan kari dalam satu kawah yang sama. Akibatnya? Teruk. Walau bagaimanapun, tidak seharusnya mana-mana pihak menyalahkan sesama sendiri atau menuding jari ke atas satu sama lain. Ini kerana hidup bermasyarakat yang telah dibina sejak wujudnya negara Malaysia ini bermaksud masyarakat perlu saling bertolak ansur dan berkerjasama. Penggunaan bahasa, atau perkataan malah istilah daripada bahasa kaum lain adalah tidak salah sama sekali, malah ia mampu melambangkan persepaduan dan kesepakatan. Cuma, biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya.



Cadangan

7.1 Pemantauan pihak tertentu
Pencemaran bahasa yang berlaku di negara kita haruslah ditangani dengan segera jika ingin memakmurkan bahasa Melayu yang kita cintai ini. Pemantauan secara kerap haruslah diambil dari semasa ke semasa untuk memastikan tiadanya kesalahan penggunaan bahasa berlaku. Pihak-pihak berwajib haruslah memainkan peranan yang penting dalam memantau masalah ini bukan sahaja di alam siber malah di mana-mana sahaja pencemaran bahasa yang berlaku. Denda dan teguran daripada pihak berkuasa adalah perlu bagi mengelakkan pihak tertentu atau individu daripada melakukan kesalahan bahasa dengan bebas dan sewenag-wenangnya. Dengan itu, setiap individu pastinya akan lebih berhati-hati dan sentiasa peka dalam penggunaan bahasa yang betul.

7.2 Seminar dan bengkel
Demi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat kepada pentingnya penggunaan bahasa yang betul, pihak-pihak yang berkuatkuasa haruslah sentiasa menganjurkan dan mengadakan seminar-seminar, bengkel, ceramah dan forum kepada masyarakat dan pelajar khususnya agar kesedaran dan tanggungjawab sentiasa tertanam pada setiap individu masyarakat. Seminar ataupun bengkel-bengkel haruslah mengandungi pengisisan di mana masyarakat didedahkan dengan contoh-contoh dan jenis-jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan dengan harapan agar kesalahan-kesalahan bahasa tersebut dapat dielakkan. Aktiviti-aktiviti seperti ini pastinya akan membuka mata dan ruang minda masyarakat untuk lebih mencintai bahasa kita dan menghargainya.

7.3 Fikir sebelum tulis
Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan pihak-pihak berwajib adalah perlu dan penting dalam menangani masalah pencemaran bahasa yang semakin menular di alam siber. Namun begitu, tanpa penglibatan penuh dan sokongan padu daripada setiap individu masyarakat pastinya usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu adalah sia-sia. Oleh itu, setiap individu juga berperanan penting dalam menangani masalah ini. Sebagai individu yang turut menggunakan bahasa Melayu adalah tidak wajar sekiranya meletakkan tanggungjawab di bahu sebelah pihak sahaja dan menonton tanpa berbuat apa-apa. Adalah tanggungjawab seseorang individu itu untuk memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tiada kesalahan bahasa yang dilakukan. Penting untuk berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu ayat atau perkataan. Hal ini dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan bahasa yang salah dan turut memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat amnya

Kesimpulan
Berdasarkan kajian terhadap pencemaran bahasa yang berlaku di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, pelbagai isu telah dibincangkan dalam kajian ini. Antaranya ialah jenis-jenis pencemaran bahasa yang sering dilakukan di kalangan pelajar sekolah dan faktor-faktor yang mendorong berlakunya pencemaran bahasa. Pelbagai faktor telah dikenal pasti hasil daripada kajian ini malah faktor terbesar juga turut didapati dengan mengedarkan soal selidik kepada respondan yang terdiri daripada semua pelajar tingkatan 6 yang telah mendapat keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM dan 20 pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting(SMKK).Pemerhatian ke atas laman-laman sosial, web dan blog juga turut dilakukan untuk memantau sejauh mana tahap pencemaran bahasa ini semakin menular. Selain itu, kesan-kesan pencemaran bahasa turut dibincangkan. Malah, pelbagai cadangan dan cara mengatasi turut menjadi salah satu pengisian dalam kajian ini. Dengan berbagai-bagai isu yang telah dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa pencamaran bahasa yang semakin meningkat dari hari ke hari di alam siber haruslah dibendung secepat mungkin kerana tidak mustahil sekiranya keunikan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu akan pupus di telan dek zaman. Kesedaran dan tanggungjawab itu perlu dalam memartabatkan bahasa kita agar sentiasa utuh dan mendapat tempat di mata dunia.