Monday, April 9, 2012

Penyakit Jantung

          Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Memang terdapat pelbagai punca yang mencetuskan sakit jantung. Lantaran itu, langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil.
          Amalan merokok dan ketagihan arak merupakan punca utama berlakunya sakit jantung. Asap rokok mengandungi campuran 4000 jenis bahan kimia, termasuk nikotin dan tar. Nikotin akan menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung. Hal ini menyebabkan saluran arteri tersumbat. Arak pula mengandungi kafeina. Kafeina menyebabkan kenaikan tekanan darah dan mempercepat kadar degupan jantung. Hal ini mengurangkan tahap oksigen dalam darah serta memudahkan pembekuan darah. Semua hal ini menyebabkan terjadinya arteriosklerosis dan angina.
          Amalan pemakanan yang tidak sihat turut merupakan punca sakit jantung. Sesetengah orang mengamalkan tabiat makanan yang negatif. Mereka hanya mengambil makanan tertentu sahaja, malah ada yang mengambilnya secara berlebihan. Kekurangan mineral tertentu menyebabkan kekejangan salur darah jantung. Kandungan kolesterol yang tinggi dan berlebihan tersekat pada salur darah. Makanan berkandungan gula yang tinggi mencetuskan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pengambilan makanan yang berlebihan dan berkandungan lemak serta garam yang tinggi menyebabkan obesiti. Hal ini membebankan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
          Senaman yang berkala merupakan langkah bijak untuk mengelakkan sakit jantung. Pengecutan otot, metabolisme badan, dan respirasi memerlukan tenaga. Simpanan lemak akan digunakan untuk menjana tenaga. Bersenam membolehkan simpana lemak atau lipid digunakan. Dengan itu, mendapan lemak dalam dinding arteri koronari digunakan. Senaman juga meringankan tekanan darah dan mengurangkan berat badan. Dengan cara ini, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit jantung.
          Demi mengatasi masalah ini, amalan pemakanan yang betul juga penting. Kita harus mengurangkan pengambilan makanan berkandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Dalam hal ini, makanlah daging putih, seperti daging ayam dan daging itik, dan daging yang telah dibuang lemaknya. Kita juga perlu mengurangkan pengambilan gula dan garam. Jangan gunakan minyak masak yang telah digunakan. Kita harus mengurangkan penyediaan makanan secara menggoreng atau memanggang. Sebaliknya, kita harus lebih merebus atau mengukus makanan. Kita juga digalakkan supaya memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Kita juga perlu menjauhi rokok dan arak.
           Penyakit jantung mendatangkan penderitaan kepada diri pesakit dan keluarganya. Oleh itu, kita perlulah menghindarinya. Seboleh-bolehnya, amalkan kesederhanaan dalam segla hal yang kita lakukan. 

4 comments: